Saturday, April 2, 2011

Surah Al-Fatihah

Maksudnya: Pembukaan, pendahuluan. Mempunyai 7 ayat. Dikenali sebagai ayat makkiyah.
Download
PDF- Tafsir

Tuesday, March 29, 2011

SELALUNYA KITA ALPHA

Bismillahirahmanirahim....
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Memulakan sesuatu dengan nama Allah supaya setiap ape yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Berapa ramai hamba Nya yang menjaga perkara seperti ini.. Tidak kira pembaca juga penulis ini, sering kali lalai dari memulakan sesuatu dengan menyebut nama Allah. Kalau perkara sekecil ini kita tidak boleh menjaganya, apatah lagi perkara2 yang besar dalam agama. Lemah sungguh kita berbandingan masyarakat dulu.

         Marilah kita cuba membudayakan, dan jadikan tabiat harian kita. Mungkin pada awalnya agak sukar untuk membiasakan. Tapi lama kelamaan apabila ia menjadi tabiat pasti perkara itu mudah... JOM  amalkan bersama..

Friday, February 4, 2011

Islam dimana?

"Kehebatan islam hari ini mula luntur". Istilah itu tidak tepat kerana bukan islam itu tetapi umat Islam itu sebenarnya. Islam ini ajaran yang lengkap dan syumul. Namun melihat umat islam kini, adakah islam menampak kan kesyumulanya? Bagi aku tidak. Kerana orang bukan islam melihat orang islam sama dengan mereka?

so mane hebatnye islam?

Ini persolan yang perlu ditaya dalam diri. bukan sekadar membicarakan tentang bola, tentang badmintan, tentang lagu, tentang movie dan bnyak lagi. Jom la saudara2 ku.. mari kita belajar tentang islam.. cukupkah ilmu kita tentang islam? Kenapa kita jadi macam ni? xigat mati ke?

mari la balik semula kepada islam... start la belajar balik islam.. bnyak tempat.. dalam internet berlambak. Islam kan cara hidup. Kalau cara hidup kita tidak seiring dengan ajaran islam, adakah kita ni islam? Jangan sekadar islam di My Kad.. Jadila islam dalam kehidupan..

Saturday, January 15, 2011

Surah An-nas


[1] Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. [2] "Yang Menguasai sekalian manusia,  [3] "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,  [4] "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, [5] "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, [6] "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". 


Ini hanyalah terjemahan Al-Quran, untuk mengetahui apa maksud sebenarnya surah ini carilah buku terjemahan. Saya mengesyorkan Tafsir Al- Munir yang diterjemah kepada bahasa melayu oleh Persatuan Ulama Malaysia. Kitab ini dikarang oleh Dr. Wahbah al-Zuhaily

Thursday, November 25, 2010

Khusyuk kah anda?

Bagi kita orang islam, ibadat merupakan stu perintah dari Allah SWT yang wajib dilakukan. Solat adalah salah satu ibadat yang wajib dilakukan. Solat ni rukun islam dan ianya adalah tiang agama... aku mengingatkan diri ku sendiri berapa bnyak kita tinggalkan solat dari kita baligh... bnyaknyea ya Allah.. bnyak tinggal dari buat sedangkan masa nak lakukanya kejapje... 10 minit xsampai... tapi napela susah sangat ek?


Padahal aku boleh mengadap komputer berjam2, boleh men game berjam2... hinanya diri ni. Kawan2 ku yang xpernah tinggal solat, pernahkan anda pk selama kita solat ni kita khusyuk ke tak.... tapi kita selalu anggap xpela, da laksanakan. da lepas tanggungjawab. samalah kita jumpe jpj tengah, kita pk nak lepas dari sekatan tu, kita kita xkira longkang pon longkangla aku tetapa lintas asalkan lepas dari sekatan jpj tu.



Kata ulamak, apabila kita mengungkapkan sesuatu yang kita xfaham, maksudnya kita ni gila. So cube kita pk... martabat solat kita setakat ari ni baru samapai tahap martabat orang gila, sebab kita xpernah cube nak faham ape yang dimaksudkan dalam bacaan solat tu.. sedangkan kita boleh belajar istilah2 sains yang susah, istilah2 matematik dan macam2 lagila seperti bhsa ingeris france....dll.

Klau kita dapat khusyuk satu je rakaat dalam solat da kira baik. alangkah malang stu pon x... adoi... nampak x kita punye solat selama ni macam mane ye???? renungkan la kwan2 ku...

Ni link tuk Maksud bacaan dalam solat. pakat2 la kita hafal ye... supaya ikhtiar kita nak khusyuk Allah akan bagi balasan yang setimpal kerana Allah Maha mengasihani.
LINK
Ni plak cara solat yang betul berserta gmbar
LINK2

Monday, November 15, 2010

Hiburan Dalam Islam

Islam sangat menyanjung kesenian, tidak kira kesenian itu berbentuk tulisan, nyayian, mahupun tarian cuma orang terlibat dalam kesenian mengambil garis panduan dalam islam supaya diberkati oleh Allah S.W.T. Seni ini sangat halus, merdu, unik dan boleh membuatkan orang suka. Islam sebenarnya hendak membimbing manusia kearah kebenaran. Dari bangun tidur sampai la kita tidur balik. itulah islam, Way of life.

Ada benda tu seni atau sukan jadi haram. Contohnya lumba lari adalah perkara yang nabi lakukan. Satu hari Nabi bermain lumba lari ngn Aishah,nabi  menang. lawan seterusnya nabi bagi Aishah menang. Itulah dipanggil riadah. Dari peristiwa tu banyak dipelajari. Tapi skng sukan jadi haram sebab ade yang tak tutup arab. ditambah pulak mentaliti orng kita pikir kalau lumba lari dalam stadium dibenarkan pkai seluar pendek. Itulah yang dilarang.

Nyanyi ni xharam tapi perempuan yang menyanyi itu yang haram. Inikan nyanyi azan pun dilarang oleh islam.
Satu cerita Zaman Nabi ketika baginda masih kanak. dimekah ade pesta jadi nabi nak g tengok, dalam perjalanan nabi ditidurkan oleh Allah. Apabila nabi g kali kedua Nabi tertidur balik. Bila baginda bangun baginda sedar Allah tak ingin dia pergi.

Cat Steven atau Yusuf Islam, menggunakan music sebagai alat untuk menarik manusia kearah islam. Terbukti kejayaannya di Britain.

Sunday, November 14, 2010

Mane Hak Aku hah?!!!

         Hak dan tanggungjawab merupakan sesuatu benda yang berbeza, namun kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Bila bercakap mengenai hak, tanggungjawab juga akan mengekorinya dibelakang sebaliknya begitulah. Sesetengah orang mempersoalkan haknya tapi bila diselidiki tanggungjawab yang dipikulnya diabaikan. Oleh itu, bertengkar disebabkan hak boleh dihindar apabila tanggungjawab dilaksanakan dengan betul. Sama juga bila disoal mengenai tanggungjawab maka, perlu disoalkan hak sudah dipenuhi atau tidak.