Thursday, November 25, 2010

Khusyuk kah anda?

Bagi kita orang islam, ibadat merupakan stu perintah dari Allah SWT yang wajib dilakukan. Solat adalah salah satu ibadat yang wajib dilakukan. Solat ni rukun islam dan ianya adalah tiang agama... aku mengingatkan diri ku sendiri berapa bnyak kita tinggalkan solat dari kita baligh... bnyaknyea ya Allah.. bnyak tinggal dari buat sedangkan masa nak lakukanya kejapje... 10 minit xsampai... tapi napela susah sangat ek?


Padahal aku boleh mengadap komputer berjam2, boleh men game berjam2... hinanya diri ni. Kawan2 ku yang xpernah tinggal solat, pernahkan anda pk selama kita solat ni kita khusyuk ke tak.... tapi kita selalu anggap xpela, da laksanakan. da lepas tanggungjawab. samalah kita jumpe jpj tengah, kita pk nak lepas dari sekatan tu, kita kita xkira longkang pon longkangla aku tetapa lintas asalkan lepas dari sekatan jpj tu.



Kata ulamak, apabila kita mengungkapkan sesuatu yang kita xfaham, maksudnya kita ni gila. So cube kita pk... martabat solat kita setakat ari ni baru samapai tahap martabat orang gila, sebab kita xpernah cube nak faham ape yang dimaksudkan dalam bacaan solat tu.. sedangkan kita boleh belajar istilah2 sains yang susah, istilah2 matematik dan macam2 lagila seperti bhsa ingeris france....dll.

Klau kita dapat khusyuk satu je rakaat dalam solat da kira baik. alangkah malang stu pon x... adoi... nampak x kita punye solat selama ni macam mane ye???? renungkan la kwan2 ku...

Ni link tuk Maksud bacaan dalam solat. pakat2 la kita hafal ye... supaya ikhtiar kita nak khusyuk Allah akan bagi balasan yang setimpal kerana Allah Maha mengasihani.
LINK
Ni plak cara solat yang betul berserta gmbar
LINK2

Monday, November 15, 2010

Hiburan Dalam Islam

Islam sangat menyanjung kesenian, tidak kira kesenian itu berbentuk tulisan, nyayian, mahupun tarian cuma orang terlibat dalam kesenian mengambil garis panduan dalam islam supaya diberkati oleh Allah S.W.T. Seni ini sangat halus, merdu, unik dan boleh membuatkan orang suka. Islam sebenarnya hendak membimbing manusia kearah kebenaran. Dari bangun tidur sampai la kita tidur balik. itulah islam, Way of life.

Ada benda tu seni atau sukan jadi haram. Contohnya lumba lari adalah perkara yang nabi lakukan. Satu hari Nabi bermain lumba lari ngn Aishah,nabi  menang. lawan seterusnya nabi bagi Aishah menang. Itulah dipanggil riadah. Dari peristiwa tu banyak dipelajari. Tapi skng sukan jadi haram sebab ade yang tak tutup arab. ditambah pulak mentaliti orng kita pikir kalau lumba lari dalam stadium dibenarkan pkai seluar pendek. Itulah yang dilarang.

Nyanyi ni xharam tapi perempuan yang menyanyi itu yang haram. Inikan nyanyi azan pun dilarang oleh islam.
Satu cerita Zaman Nabi ketika baginda masih kanak. dimekah ade pesta jadi nabi nak g tengok, dalam perjalanan nabi ditidurkan oleh Allah. Apabila nabi g kali kedua Nabi tertidur balik. Bila baginda bangun baginda sedar Allah tak ingin dia pergi.

Cat Steven atau Yusuf Islam, menggunakan music sebagai alat untuk menarik manusia kearah islam. Terbukti kejayaannya di Britain.

Sunday, November 14, 2010

Mane Hak Aku hah?!!!

         Hak dan tanggungjawab merupakan sesuatu benda yang berbeza, namun kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Bila bercakap mengenai hak, tanggungjawab juga akan mengekorinya dibelakang sebaliknya begitulah. Sesetengah orang mempersoalkan haknya tapi bila diselidiki tanggungjawab yang dipikulnya diabaikan. Oleh itu, bertengkar disebabkan hak boleh dihindar apabila tanggungjawab dilaksanakan dengan betul. Sama juga bila disoal mengenai tanggungjawab maka, perlu disoalkan hak sudah dipenuhi atau tidak.

Thursday, November 4, 2010

Bila Rambut Kusut


Rambut, hair kate omputih... kadang2 masalah yang datang bertimpa-timpa pada kita. terlintas dikepala napela sumenye berlaku pade ku. Tapi sebenarnya tanpa kita sedari, kita sangat bertuah sebab kita diuji,( nape aku ckp cam tu)?
1. kalau kita x di uji sampai bila kita xtahu setakat mane kemampuan kita nak menghadapai masalah.
2. orng selalu kata nak rase senang kan... sebenarnya klau tanpa susah ape mkna senang? ok fikir balik ye.. contoh la masam mesti ade belawanan betol x? iaitu manis... cube xde istilah atau manis tu sendiri.. ape mkna masam. sama la gak senang.. klau kita nak rase hikmah manis kenalah rase masamnye dulu. baru la ade comparision bak kte orng melayu perbandingan.. nak senang kena susah ok..
3. kita kena tahu setiap kali kita dapat menyelsaikan masalah satu darjat kita ditambah.. kenape ye... sebab bila kita susah baru kita igt tuhan. sape tuhan kita? OF Course ALLAH.. btol x? baru nak igat Allah. jadi kita untung sebab bila kita igt Allah Allah akan menolong kita.. iman kita akan bertambah... disitulah darjat kita akan dinaikan. bayangkan klau tanpa masalah atau dugaan anda igat x padaNYa?


Aku pernah terbaca dan terdengar orang berkata dia x dapat ape yang sepatutnya dia dapat... betul ke x istilah tu? Bila aku pikir2 balik kadang2 salah la.. sebab ape yang kita x dapat tu sebenarnya bukan milik kita la tu. Sebab tuhan akan bagi ape yang perlu dalam hidup kita, bukan ape yang kita nak. klau la kita dapat ape yang kita nak, maka kita ni beruntung sgt. tapi berape kerat yang bersyukur bila dapat ape yang kita nak atau inginkan. termasukla aku sekali....tong3...


Jadi kesimpulannya, rambut yang kusut bukan maksudkan nak hina orng rambut kusut ye, mksudku nak gtau pasal masalah la.... ramai sekarang bermasalah sebab 5 huruf...
  1. C
  2. I
  3. N
  4. T
  5. A
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Kalau takut kecundang dalam cinta jangan sekali berani nak bercinta.. Jangan salah faham maksudnya cinta  sesama makhluk ye...
So yang terbaik, klau nak bercinta mesti berani menghadapi kemungkinan kita kecewa... sedaikan hati untuk menempuhnya.


my first post ( GUNUNG NUANG)

Assalamualaikum w.b.t

ini adalah post petama aku dalam blog my vision ni... idea pun xde lagi.. mungkis sebab aku xkreatif atau xbiase lagi nak mencurahkan idea dalam menulis blog ni. tapi walau macam mane pun aku aku cube dan cube belajar untuk menjadi salah seorng blogger yang expert. klau xjadi expert pon jadi better dari sekarang pon ok la...

sekarang aku sedang berada dalam suasana stdy week... dan 2 3 hari lepas aku baru je balik dari mendaki gunung nuang... Gunung Nuang di terletak area ulu langat sekitar pansun negeri selangor... Ini merupakan gunung ketiga. Ketinggian gunung ini adalah setinggi 1493 m dari aras laut. Tahap kesukaran adalah agak sukar kerana boleh dikatakan 60% pendakian melibatkan cerun-cerun yang agak sukar. boleh dikatakan cerun nya sekitar 60 ke 80 darjah.. tenaga yang digunakan mestila tinggi dan mentaliti juga kena kuat... ape yang aku belajar dari peristiwa ini adalah kesukuran tanpa teknologi, tentang alam sekitar, cara hidup di hutan, teamwork. dan bnyak lagi la....